Followers

Java Server Pages, menarik tapi menyakitkan jiwa.

Assalamualaikum..hari nie hari jumaat menandakan masuknya waktu solat jumaat pada jam 1.00 tengah hari waktu Malaysia.. hehehe

Actually gambar kat sebelah nie xde maksud ape pun, prop je nak bagi ada jugak sekeping gambar daripada jadi mcm ayat buku teks, berpage-page tanpa gambar sekeping apa pun..hehehe

Nie web app yang paling latest, untuk fyp yang tengah didevelopkan untuk semester depan, alhamdulillah dah boleh tarik data dari database dan masuk dalam planner ni.

Ekcelli, hehehe tajuk hari nie nak cakap pasal web app, dan kepada yang belajar tentang web programming nie especially bukan sekadar markup language seperti HTML , CSS semua tu, topik ni lebih menjurus kepada menjurus air kepada programmer PHP, JAVA / JSP , PERL, ASP

First thing first, kepada semua programmer yang datang dari Bachelor of Computer Science (Hons) Netcentric Computing, welcome to the club of sakit hati. hahaha.. Trust me, never code JSP kalau rasa-rasa nak hostkan online, sebab apa yang aku belajar hari ni, sebulan kena bayar web hosting paling minimum RM68. Parah duit PT aku macam nie.. hahaha..

Kalau berminat juga, masih ada hosting foreign punya especially yang kat US, jauh lebih murah dari Malaysia Hosting companies. tapi disebabkan aku dah beli domain .my so sangat xdapat nak buat apa-apa la. So kalau nak code jugak dalam JSP which is really sakit hati dan puas hati (bagi aku la), try company dari luar negara. Kalau dalam negara, contohnya Cynet, memang tak ada harapan la untuk dapat TOMCAT punya server sebab diorang memang tak provide.

TOMCAT server xsama macam APACHE tau..walaupun dia tulis APACHE, xsemestinya dia APACHE TOMCAT..selalunya dia APACHE WEB SERVER je. kalau korang pernah tengok Exabyte hosting company, dia ada satu package, nama dia Virtual Private Server package, mahal gila bagi aku tapi kalau dah terdesak, ambik je la untuk sebulan. jangan makan nasi la bulan tu. hahaha..

hmm..tu dia aku punya first point..panjang berjela-jela..


 

Untuk Bunuh Org MY hanya berharga RM80


Assalamualaikum..waalaikumussalam...dah..bye-bye...hehehe..just kidding..anyway, design kat atas nie actually hasil kerja tangan aku sendiri..sangat-sangat basic..just untuk practice untuk buang old habit iaitu menggunakan table tag atau <table> untuk buat layout.

Design kat atas nie basic div tag atau <div> yang menggunakan 3 column..idea asal aku buat untuk try jadikan main index kepada portfolio aku, dah siap tengok2 tempat hosting pula tak support JSP ( Java Server Page)..punya la sakit hati aku tapi niat tu kena diteruskan walaupun demam tahap gila gaban..

Anyway, hala tuju blog nie masih belum ditentukan, tapi semua ni bukan apa yang aku nak cakapkan pagi-pagi buta nie..kepada sesiapa yang baru mengenali diri ini, selalunya intro macam nie la, panjang berjela2..

Actually, tajuk hari nie yang aku special pick ialah kes bunuh kat Malaysia ni..actually terkilan jugak aku tengok komen-komen kat FB, especially bila ada ura-ura mengatakan ada seorang menteri ni cadangkan untuk bannedkan atau haramkan visor bertinted. Adoii, hitam la muka aku lepas nie..hahaha..

Hampir tiap-tiap hari ada kes bunuh..sampai plan ayah aku nak p pantai timur pun dah cancel takut sebab dok bom merata..alhamdulillah la juga sebab FYP aku pun xsiap lagi,so xda mood sangat nak berjalan-jalan..yang bestnya petang tadi time aku tengah purchase domain baru untuk sem depan, ada satu domain nie orang xambik lagi..domainnya ialah :

" bunuh.org.my "


See..kalau xpercaya lagi xtau la..aku xambik pun domain nie, sapa nak grab, grab la tapi agak menakutkan je aku rasa domain name tu..hahaha..aku baru lepas ambik webapp.my , tu pun sebab ak terlepas isys.my.. kena snipe betul2 depan mata aku..huhu.. sekali search, ada lg, lepas tu dah xda dah..

anyway..tu je la aku nak kaborkan untuk kali nie.. rindu kt gegurl tapi pagi2 buta ni kalau call memang kena baling periuk belanga la rasanya..hehehe..ok la..assalamualaikum.